Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Kursus Pengurusan Trafik dan Pandu Arah Anggota Bahagian Keselamatan (21/05/24)

Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan UKM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Trafik dan Pandu Arah Anggota Bahagian Keselamatan dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Pengurusan Trafik (BSPT) IPD Kajang bertempat di Ballroom Aras 1, UKM Shape.
Kursus ini di mulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah Bahagian Keselamatan iaitu Mejar (B) Dato Asri bin Ahmad dan telah di rasmikan oleh Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Menjalankan Fungsi Pendaftar UKM. Bahagian Siasatan dan Pengurusan Trafik telah di wakili oleh Insp. Majin bin Kadim, Sarjan Badrul Hisham Mohamad Saad, L/Koperal Muhammad Multazam Jamaluddin dan L/Koperal Muhammad Cedric Kamal bagi menjalankan kursus ini.
Pelbagai ilmu baru berkaitan pengurusan trafik telah berjaya di timba oleh para peserta yang terdiri dari anggota keselamatan UKM dari Kampus Bangi, Kampus Kuala Lumpur, Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM). Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Bahagian Siasatan dan Pengurusan Trafik (BSPT) IPD Kajang kerana telah sudi hadir dan berkongsi ilmu dengan anggota keselamatan UKM.