Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Sesi Libat Urus Bersama Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi (08/03/24)

Bahagian Keselamatan UKM telah menerima lawatan daripada Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi (BBB) yang baru, Inspektor Mohd Nasri Tesnoh yang juga merupakan alumni UKM 2007. Turut hadir bersama beliau ialah Timbalan Ketua Balai Polis BBB, Sub Inspektor Siti Norasikin Jalani, Koperal Mohamad, Koperal Mohd Hairol dan Koperal Fathi.
Manakala di pihak Bahagian Keselamatan UKM pula telah di wakili oleh Pengarah Keselamatan, Mejar (B) Dato’ Asri Ahmad, Tuan Muhammad Syakir Iskandar (Pegawai Keselamatan), SI/PB Mohd Solehuddin Anuar dan SM/PB Mohd Nurqayyum Nawi. Pelbagai perkara berkaitan isu-isu keselamatan di dalam kampus telah di bincangkan dan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikongsikan oleh Ketua Balai Polis BBB demi kebaikan bersama.