KEAHLIAN
Keahlian KESUKMA terbuka kepada kakitangan sokongan I dan II yang bergaji bulan tetap dan kontrak di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Permohonan
Permohonan menjadi ahli hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan yang boleh didapati di Pejabat KESUKMA atau daripada Ahli-Ahli Jawatan Kuasa Kerja KESUKMA dan kemudian di serahkan kepada Setiausaha Kesatuan. Permohonan keahlian akan dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Majlis Jawatan kuasa Kerja KESUKMA.
Yuran Keahlian
Bayaran yuran dibuat melalui potongan gaji bulanan ahli.
Yuran Pendaftaran : RM 1.00
Yuran Bulanan : RM 5.00
Tabung Kebajikan : RM 2.00
Borang Keahlian
Permohonan keahlian boleh dilakukan melalui Google Form di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScke6VzLFQGRuE3oqqIkSGr7hq4bA2JR6hs9YGeVsGn6B6G_w/viewform
Pindah turun borang keahlian (klik di sini).
Semakan Senarai Ahli ( klik di sini )
Jumlah Keahlian yang aktif adalah 1131 (Setakat 2 Disember 2021)