Program kerjasama strategik KESUKMA bersama JAKEL Cawangan Bandar Tun Hussein Onn
Kesatuan Kakitangan UKM (KESUKMA), petang tadi telah mengadakan perbincangan program kerjasama strategik bersama syarikat tekstil terkemuka iaitu JAKEL Cawangan Bandar Tun Hussein Onn. Delegasi KESUKMA telah disambut oleh Encik Mohd Razef Bin Tumadi, Pengurus Besar JAKEL Cawangan BTHO.
Program yang telah dibincangkan ini bertujuan memberi manfaat kepada Ahli KESUKMA dengan menawarankan harga istimewa untuk pembelian barangan tekstil yang akan dimaklumkan oleh KESUKMA tidak lama lagi. Ianya sebagai inisatif KESUKMA membantu persiapan Raya yang lebih bermakna kepada ahli kesatuan.
Hadir dalam perbincangan ini iaitu Encik Barudin Baharin, Timbalan Presiden, Puan Siti Zaida, Setiausaha dan Cik Jaziha, Bendahari KESUKMA.