Cabaran Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia Anjuran KESUKMA

Bangi, 16 September 2022.
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia buat julung kalinya telah menganjurkan Cabaran Inovasi UKM 2022 (KESUKMA) bertempat di Auditorium Akademia Siber Teknopolis UKM.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UKM.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada Kakitangan Pelaksana UKM (Gred 11 – Gred 40) yang mempunyai idea kreatif dan inovatif untuk mengetengahkan inovasi masing-masing.
Turut hadir, En.Abdul Rahman B Mohd Nordin, Pengerusi Cabaran Inovasi UKM (KESUKMA ) 2022, YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla dan Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Timbalan Pendaftar Kanan, UKM.