Tahniah !! Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) Terima Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja 2024 (PHEKS 2024)

 

Shah Alam, 30 Mei 2024 – Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah berjaya menerima Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS 2024).

Majlis penyerahan bantuan tersebut diadakan hari ini di Dewan Okid, Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor.

KESUKMA diwakili oleh Timbalan Presiden, Encik Ahmad Amin Bin Ahmad Ltif dan Penolong Setiausaha Agung, Encik Muhammad Yazid Othman.

Mereka telah menerima mock check sebanyak RM 15,000.00 daripada YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia Malaysia.

Pada majlis yang sama, sebanyak 67 buah Kesatuan Sekerja di Selangor dan Wilayah Persekutuan turut menerima bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja 2024 (PHEKS 2024).

Sebanyak RM 705,000.00 telah diperuntukan kepada Kesatuan Sekerja Zom Tengah yang menerima bantuan pada kali ini.

Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyokong dan memperkasakan kesatuan sekerja di negara ini.

Majlis ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh peranan kesatuan sekerja serta meningkatkan kebajikan ahli-ahlinya.

Bantuan yang diterima oleh KESUKMA diharap dapat digunakan untuk memperkasa program dan aktiviti kesatuan, demi kesejahteraan dan pembangunan ahli-ahlinya.

Berita Disediakan Oleh: Muhammad Yazid Othman