Menyantuni Keluarga Arwah Salehuddin bin Arifen
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) menyantuni keluarga Arwah Salehuddin bin Arifen, Penolong Jurutera JA5, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP) Fakulti Kejuruteraan Alam Bina UKM. Arwah juga merupakan ahli KESUKMA.
KESUKMA telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan berjumlah RM1,000.00 kepada waris almarhum. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.
Hadir menyempurnakan sesi ini iaitu Encik Barudin Baharin, Timbalan Presiden, Puan Siti Zaida, Setiausaha dan Cik Jaziha, Bendahari KESUKMA UKM.

