Sesi Kunjungan Hormat Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) ke Pejabat Pendaftar UKM
KESUKMA telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke pejabat Pendaftar UKM petang tadi (6 Januari 2025) di Canselori UKM.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerja antara pihak kesatuan dan pengurusan universiti selain membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan serta pembangunan staf. Delegasi KESUKMA diketuai oleh Encik Barudin Baharin, Timbalan Presiden bersama beberapa ahli jawatankuasa kerja KESUKMA telah disambut mesra oleh YBhg. Tuan Haji Zanudin Mohd Daud Pendaftar UKM.
Pendaftar UKM menzahirkan komitmen pihak universiti dalam menyokong usaha kesatuan ke arah kesejahteraan warga kerja UKM. KESUKMA mengucapkan terima kasih atas kesediaan pihak Pendaftar dalam kerjasama erat ini dan berharap ianya dapat diteruskan demi kebaikan bersama.
Gambar : https://www.facebook.com/share/p/15vNeV2mQg/