Sesi Kunjungan Hormat KESUKMA ke Bahagian Sumber Manusia UKM
KESUKMA UKM telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Bahagian Sumber Manusia (BSM) UKM hari ini bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dan membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan staf.
Delegasi KESUKMA telah disambut mesra oleh Puan Norashikin Ibrahim, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia UKM. Sesi ini bertujuan untuk mempereratkan hubungan antara kesatuan dan BSM dalam memastikan kesejahteraan dan Kebajikan staf terus diperkasa.
KESUKMA berharap hubungan erat ini dapat terus diperkukuh agar segala keperluan dan kebajikan staf dapat ditangani dengan lebih efektif.