Sesi Kunjungan Hormat KESUKMA ke Pusat Teknologi Maklumat UKM
KESUKMA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM) UKM petang tadi (7 Februari 2025). Dalam sesi ini, delegasi KESUKMA diketuai oleh Encik Barudin bin Baharin, Timbalan Presiden dan disambut oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif bin Md Saad, Pengarah PTM.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin hubungan lebih erat antara KESUKMA dan PTM, membentangkan permohonan mewujudkan sistem kesatuan, kebajikan staff Gred F dan FT, perancangan kursus berkaitan ICT dan juga pengwujudan elaun komputer riba untuk staff pelaksana.
Hadir sama dalam sesi ini adalah En Farid (AMJK KESUKMA), En Helmi dan Pn Syarina (Wakil Gred F dan FT).