Town Hall Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA)

Tarikh: 04/04/2024
Persada Canselori, Aras 2, Bangunan Canselori

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM meluangkan masa menghadiri dan merasmikan Majlis Sesi Town Hall KESUKMA UKM 2024 anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) hari ini yang dihadiri lebih 120 ahli KESUKMA.

Antara intipati program adalah sesi perkongsian berkenaan Pencapaian dan Kemaraan KESUKMA yang disampaikan oleh Encik Barudin Bin Baharin, Pegawai Pelajaran CUEPACS Selangor merangkap AMJK KESUKMA, seterusnya perkongsian isu-isu semasa penjawat awam yang disampaikan oleh Encik Abdul Rahman Mohd Nordin, Setiausaha Agung CUEPACS merangkap Presiden KESUKMA dan edaran bubur lambuk serta juadah berbuka kepada ahli.

Semoga dengan penganjuran majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah serta kebersamaan di dalam memacu kesatuan sekaligus memperjuang kebajikan warga UKM.