Wakil Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) Hadir Mesyuarat Jawatankuasa Gred Kewangan CUEPACS

 

Kuala Lumpur, 15 Jun 2024 – Wakil Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), En. Jeffri, telah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Gred Kewangan yang dianjurkan oleh CUEPACS.

Mesyuarat ini diadakan di Wisma Cuepacs, Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat tersebut, En. Jeffri telah menyerahkan kertas kerja dari KESUKMA yang mengandungi cadangan untuk menambah baik kaedah pembayaran Bayaran Intensif Tugas Kewangan (BITK).

Cadangan ini bertujuan untuk memastikan pembayaran insentif yang lebih adil dan sesuai dengan beban tugas kakitangan kewangan.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pelbagai wakil dari kesatuan-kesatuan sekerja yang mewakili kakitangan awam di seluruh negara, yang membincangkan mengenai hal-ehwal kebajikan Gred kakitangan kewangan (W) dalam perkhidmatan awam.

Pihak CUEPACS akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh KESUKMA dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam memperbaiki sistem pembayaran insentif yang sedia ada.

Berita Oleh: Muhammad Yazid Othman