Follow

Join

Galeri

Daftar

Sertai Kesutra!

Misi

Menyemarakkan ikatan persaudaraan, kerukunan, kesopanan dan kesusilaan dikalangan ahli melalui rangkuman pelbagai aktiviti sukan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Visi

Membantu ahli ke arah meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja ke tahap yang lebih cemerlang dan berusaha mendedahkan ahli kepada aktiviti gerak kerja yang membantu membina dan meningkatkan pembangunan diri.

KENALI KESUTRA

Sejarah

Penubuhan kelab merupakan idea yang terpendam di dalam sanubari Profesor Dr. Kasmiran Jumari, bekas Timbalan Dekan di Fakulti Kejuruteraan. Idea ini telah beliau lahirkan dalam ucapan semasa Hari Keluarga Pertama Fakulti Kejuruteraan pada tahun 1994. Idea beliau telah disambungkan oleh Tuan Haji. Abd. Ghani Harun dengan mengambil pelbagai inisiatif bagi merealisasikannya seperti sekarang ini.

Pada 30hb Mac, 1996 bersamaan hari Sabtu, merupakan hari bersejarah kerana Kelab Sukan dan Kebajikan Fakulti Kejuruteraan (KESUTRA) telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Abd. Halim Shamsudin, Dekan Fakulti Kejuruteraan. Setelah dirasmikan maka Mesyuarat Agong Pertama telah berlangsung bagi melantik ahli-ahli kepada jawatan-jawatan yang tersedia mengikut perlembagaan Kelab.

KENALI LOGO

Logo KESUTRA

MOTO KESUTRA

'CERDAS, CERGAS, CERIA'

FKAB

Melambangkan keteguhan serta singkatan daripada Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina.

Warna Jingga FKAB

Melambangkan kegigihan dan kecemerlangan kelab di bawah naungan fakulti.

Bulatan Kelabu

Melambangkan perpaduan dan permuafakatan dikalangan ahli kelab.

Bulatan Hijau

Melambangkan keharmonian dan keiklasan.

Logo UKM

Melambangkan KESUTRA bernaung dibawah Universiti Kebangsaan Malaysia, segala aktiviti-aktiviti mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.


Berita Terkini

Ketahui Aktiviti Terkini Kesutra

YANG DIPERTUA KESUTRA

Tuan Muhamad Fadle Mohamad Abu Sadin

Seorang yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas. Sentiasa mengambil berat tentang ahli Kesutra sama ada berkenaan permasalahan atau kesihatan. Seorang yang ceria dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

NAIB YANG DIPERTUA II

Encik Mohd Huzairi Johari

Seorang yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas. Sentiasa mengambil berat tentang ahli Kesutra sama ada berkenaan permasalahan atau kesihatan. Seorang yang ceria dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

NAIB YANG DIPERTUA I

Encik Izar Shahril Abu Hashim

Seorang yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas. Sentiasa mengambil berat tentang ahli Kesutra sama ada berkenaan permasalahan atau kesihatan. Seorang yang ceria dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

KENALI AJK INDUK KESUTRA

Sesi

2021 - 2023

Translate »