Notis Mesyuarat Agung KESUTRA Ke-12

SEMUA AHLI KESUTRA

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG KE-12
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (KESUTRA)
Dimaklumkan bahawa KESUTRA akan mengadakan Mesyuarat Agung Ke-12 pada:
Tarikh  :  18 Januari 2019 (Jumaat)
Masa  :  9.00 pagi 
Tempat:  Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Pentadbiran Aras 4, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof/Dato’/tuan/puan dengan hormatnya dijemput menghadiri mesyuarat agung tersebut.
Sekiranya ahli mempunyai sebarang cadangan atau usul yang ingin dibawa, sila kemukakan kepada saya atau wakil Jabatan sebelum atau selewat-lewatnya 7hb Januari 2019 untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, kerjasama YBhg. Prof./Dato’/tuan/puan bagi menjayakan mesyuarat agung ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Diyana Hafizah Baharom

Setiausaha KESUTRA