Kelab Sukan & Kebajikan FKAB

 

Biro Sukan dan Rekreasi

Biro ini bertanggungjawab merancang serta menguruskan aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan semua ahli KESUTRA. Biro ini adalah penting untuk memastikan semua kakitangan berada dalam keadaan yang sihat dan cergas di samping tugas yang dijalankan seharian. Selain itu juga, matlamat utama biro ini adalah menjadikan aktiviti sukan sebagai medium perantaraan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua kakitangan fakulti.

En. Mohd. Rizal Deris

Ketua

Pn Nik Haryanie Jaafar

Penolong Ketua


Biro Kebajikan

Biro kebajikan KESUTRA dutubuhkan bertujuan untuk mentadbir urus hal ehwal kebajikan ahli-ahli Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUTRA) dalam menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan kepada ahli yang memerlukan.

En. Rosmaini Sudarka

Ketua

En. Bukhari Kammarsuddin

Penolong Ketua


Biro Ekonomi dan Latihan

Biro Ekonomi dan latihan adalah biro yang sinonim dengan pengurusan latihan secara menyeluruh dalam menjalankan pelbagai aktiviti Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan Fakulti Kejuruteraan (KESUTRA). Biro ini bertanggungjawab merancang dan mengurus bengkel kemahiran untuk meningkatkan kompetensi ahli kelab.

Cik Nor Jaziha Hj. Mat Jalil

Ketua

En. Mohd Zamri Mohd Zulkafli

Penolong Ketua


Biro Kerohanian

Biro ini bertanggungjawab menjalankan dan merancang aktiviti Kerohanian / Keagamaan yang melibatkan semua ahli KESUTRA. Biro ini amat penting untuk memastikan semua kakitangan mendapat ilmu keagamaan di samping tugas yang dijalankan seharian. Selain menjalankan aktiviti kerohanian, tujuan lainnya juga adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua kakitangan fakulti.

En. Mohd Faizul Shahrom

Ketua

Pn. Nurul Waheedah Shibul Fathilah

Penolong Ketua


Biro Media dan Penerbitan

Biro ini bertanggungjawab merekod dan menyimpan foto setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Selain itu juga biro bertanggungjawab untuk menyelenggara dan mengemaskini medium perantara seperti Facebook. Antara tanggungjawab lain biro ditugaskan untuk merekabentuk poster untuk beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun oleh biro-biro lain. Biro juga ditugaskan untuk menjalankan dan mengawalselia Pilihanraya KESUTRA di setiap akhir penggal pemilihan.

En. Arman Sham Abdul Wahid

Ketua

En. Muhammad Hazzril Abdul Halim

Penolong Ketua


Biro Jaringan Luar dan Tugas Khas

Biro ini bertanggungjawab menjalankan dan merancang jaringan luar yang melibatkan semua ahli KESUTRA. Biro ini juga berfungsi untuk memberi bantuan kepada setiap biro yang ada dari segala aspek bagi menjayakan apa-apa aktiviti yang dianjurkan KESUTRA serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara semua kakitangan fakulti.

En. Mohd Nazari Dawan

Ketua

En. Mohd Nazmi Abdul Razak

Penolong Ketua 1

En. Noraidi Tawel

Penolong Ketua 2


Translate »