Kelab Sukan & Kebajikan FKAB

 

Biro Sukan dan Rekreasi

TANGGUNGJAWAB BIRO

  • Biro ini bertanggungjawab merancang serta menguruskan aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan semua ahli KESUTRA.
  • BIRO ini adalah penting untuk memastikan semua kakitangan berada dalam keadaan yang sihat dan cergas di samping tugas yang dijalankan seharian.
  • Matlamat utama biro ini adalah menjadikan aktiviti sukan sebagai medium perantaraan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua kakitangan fakulti.

 

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN

  • Program Muafakat Dijulang, Kerja Cemerlang Serta Hari Keluarga Kesutra

Tarikh : 29 hingga 30 Julai 2017
Tempat : Felda Residence Hot Springs, Sungkai
Bilangan Peserta : 120 orang

 

Program “Muafakat Dijulang, Kerja Cemerlang” serta Hari Keluarga KESUTRA merupakan salah satu aktiviti kelab bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan di antara ahli-ahli KESUTRA. Ini kerana silaturrahim yang baik antara ahli  adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran program ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa program ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat kerjasama dan muhibbah antara warga KESUTRA.  Antara pengisian dalam program ini meliputi aspek ceramah kekeluargaan dan aktiviti sukaneka yang telah dilaksanakan dengan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

 

  • Acara Sukaneka Sempena Program Muafakat Dijulang, Kerja Cemerlang Serta Hari Keluarga Kesutra

Tarikh : 29 hingga 30 Julai 2017
Tempat : Felda Residence Hot Springs, Sungkai
Bilangan Peserta : 120 orang

 

Acara Sukaneka yang telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh BSR pada hari tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari semua peserta pogram. Di antara acara yang telah dianjurkan adalah seperti dibawah:-

Acara Kanak-Kanak /Remaja

  1. Rebut gula-gula ( L/P )
  2. Tiub belon sampai pecah ( L/P )
  3. Bawa bola ping-pong dengan sudu menggunakan mulut ( L/P )
  4. Isi air dalam botol ( L/P )
  5. Hole in One ( L/P )
  6. Ambil gelung getah dengan straw ( L/P )

Acara Dewasa

  1. Lontaran Kasih ( ahli KESUTRA & pasangan )
  2. Bowling Kelapa ( ahli KESUTRA & pasangan )

 

PERANCANGAN AKTIVITI

  • Aktiviti : Sukdaf 2018

Tarikh : 5 – 24 Februari 2018
Acara : Dart, Carom, Dam, Ping Pong, Bowling, Badminton dan Futsal
Tempat :

    • Gelanggang Badminton Fkab, Ukm
    • Dewan MPKJ
    • Galaxy Futsal Seksyen 15 Bangi
    • Ampang Superbawl, Bangi Gateway

 

  • Aktiviti : Kejohanan Tenpin Boling Terbuka KESUTRA

Tarikh : 5 Mei 2018
Tempat : Wangsa Bawl, Ioicity Mall, Putrajaya.

Translate »