Bengkel Asas Jahitan

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat AJK Kecil Biro Ekonomi dan Latihan KESUTRA 02/2017 telah mengadakan mesyuarat pada 12 April 2017dan telah merancang dan bersetuju mengadakan aktiviti bengkel bagi menjana pendapatan. Antara Bengkel yang dipersetujui ialah Bengkel Asas Jahitan yang akan diadakan pada:
  • Tarikh     :     5 Mei 2017 (Jumaat)
  • Masa      :     12.00 tgh – 2.30 petang
  • Tempat   :      Bilik Mesyuarat Fakulti
    Paras 2, Bangunan Akademik, FKAB
  • Pengajar  :     Puan Normah Habib
  • Tuan/Puan boleh berhubung dengan Puan Norazlin Hj. Jemiran (samb. 8421) bagi urusan pendaftaran dan yuran.
  • Yuran RM15 seorang dan makan tengahari disediakan.  Tuan/Puan diminta membawa peralatan jahitan sendiri seperti:
             Kain (4 meter),
             gunting,
             kayu pembaris,
             jarum peniti,
             kapur (3 segi – warna berlawanan dengan warna kain).
  • Harap dapat memberikan nama sebelum 3 Mei 2017, dimaklumkan tempat terhad.
Sekian, terima kasih.