Bengkel Keselamatan Makmal

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Biro Ekonomi dan Latihan KESUTRA 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan program Bengkel Keselamatan Makmal yang akan disampaikan oleh Puan Reehan Adne Binti Ab Rahim.

Objektif bengkel ini ialah para peserta memperolehi ilmu bagi keselamatan makmal dan juga boleh digunapakai bagi kehidupan seharian.​

Dengan ini disertakan pautan borang persetujuan kehadiran & maklumat terperinci berkaitan program yang akan dijalankan. Penyertaan adalah terhad kepada 30 peserta sahaja.

Borang Kehadiran

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Bilik OBE JKKP, Paras 3, Bangunan Pentadbiran, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan Prof. Madya Dr.Norliza Binti Abd.Rahman di sambungan 6802 untuk urusan pendaftaran dan yuran. Bagi peserta bukan ahli akan dikenakan yuran sebanyak RM20.