Bengkel Penulisan Buku Umum & Ilmiah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Semua warga FKAB yang dihormati,

YBhg. Dato/Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE BENGKEL PENULISAN BUKU UMUM & ILMIAH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Biro Ekonomi dan Latihan, PKAUKM & KESUTRA 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Program Bengkel Penulisan Buku Umum & Ilmiah dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka.

Dengan ini disertakan pautan borang persetujuan kehadiran & maklumat terperinci berkaitan program yang akan dijalankan.

https://tinyurl.com/Bengkel-Penerbitan

  • Tarikh     : 21 Februari 2018 (Rabu)
  • Masa       : 9.00 pagi – 3.00 petang
  • Tempat     : Bilik Mesyuarat Utama, Level 4, Bangunan Pentadbiran, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Tentatif Program

Masa Program
8.30 – 9.00am Pendaftaran

Bilik Mesyuarat Utama, Level 4, Bangunan Pentadbiran, FKAB

9.00 – 9.15am Ucapan Aluan

Prof. Dr. Hj. Mahamod Ismail

9.15 – 9.45am Sesi 1
9.45 – 10.15am Minum Pagi
10.15 -11.15am Sesi 2
11.15 -12.00pm Sesi 3
12.00 – 2.00pm Makan Tengahari
2.00 – 3.00pm Perbincangan & Bersurai

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan saya di sambungan 6802 untuk urusan pendaftaran dan yuran. Bagi peserta bukan ahli akan dikenakan yuran sebanyak RM30.

* Kehadiran akan direkodkan di eSPEL.

Kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan didahului dengan terima kasih.