Pelantikan sebagai Pakar Rujuk Bengkel Validasi Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) dan Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM), 4 Julai 2024

Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak atas pelantikan sebagai Pakar Rujuk Bengkel Validasi Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) dan Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) di bawah pelaksanaan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), mulai 4 Julai 2024.

Semoga Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi terus cemerlang menyumbangkan kepakaran demi masyarakat dan negara.