INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Siri Wacana KITA Bil. 9/2024: Undang Naning Melaka: Konflik Adat atau Keluarga?

24 October @ 2:30 pm - 4:30 pm

UNDANG NANING MELAKA: KONFLIK ADAT ATAU KELUARGA?

Oleh:

PROF. DR. SUPYAN HUSSIN
(Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia)

24 Oktober 2024 (Khamis)
2.30 ptg – 4.30 ptg
Bilik Mesyuarat Keris Perdana, Aras 3 Blok Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM Bangi

Sesi wacana kali ini akan menyaksikan perkongsian hasil penyelidikan Prof. Dr. Supyan Hussin mengenai Undang Naning Melaka yang telah dijalankan sejak 2017 hingga hari ini. Melalui penglibatan beliau dalam masyarakat Naning, Melaka dan berinteraksi dengan Lembaga Adat, ahli-ahli keluarga kerabat Naning, serta lawatan dan penyertaannya menggunakan kaedah etnografi dan pengalaman langsung dalam masyarakat Naning, Prof. Dr. Supyan telah mengumpul data dan maklumat dalam bentuk lisan, teks, foto dan video untuk membuat analisis yang mendalam. Analisis ini dibahagikan kepada beberapa bahagian: sejarah, adat, penghayatan budaya bersandarkan adat, salasilah, dan isi perlantikan Undang Naning.

Kajian ini membincangkan isu Undang Naning di Melaka, yang merupakan pertembungan antara nilai adat dan hubungan kekeluargaan dalam konteks masyarakat tempatan. Menggunakan perspektif Prof. Dr. Supyan Hussin dan Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri, kajian ini meneroka dinamika dan konflik yang timbul dalam penghayatan adat, bersepadan dengan perkembangan sosial dan budaya masyarakat Melayu. Undang Naning dilihat sebagai institusi yang mencerminkan kedaulatan dan penguasaan dalam urusan pemerintahan tempatan, tetapi pada masa yang sama, ianya juga melibatkan elemen kekeluargaan yang mungkin mempengaruhi keputusan dan tindakan yang diambil oleh pemimpin adat.

Penelitian dilakukan untuk memahami bagaimana tradisi dan norma yang berakar umbi dalam masyarakat Naning berinteraksi dengan nilai-nilai keluarga. Persoalan utama yang diajukan adalah sama ada konflik yang berlaku berpunca daripada kepentingan kelompok tertentu atau disebabkan oleh ketegangan dalam hubungan kekeluargaan yang lebih luas. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kajian ini mengumpulkan data melalui temu bual dan analisis dokumen historikal, yang memberikan gambaran menyeluruh tentang pengaruh adat dan keluarga dalam struktur sosial Naning.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapat konflik, elemen kekeluargaan sering kali menjadi faktor penyatu dalam menyelesaikan pertikaian. Oleh itu, pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan Undang Naning dalam konteks adat dan hubungan keluarga adalah penting untuk membina komuniti yang harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Melayu.

Profil Pembentang

Prof. Dr. Supyan Hussin, merupakan mantan Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau adalah seorang akademik dan penyelidik yang aktif di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM sebagai Felo Penyelidik Utama. Bidang fokus beliau ialah sains sosial dan kemanusiaan merangkumi pendidikan, sosiologi dan antropologi. Beliau telah menerbit 7 buah buku dan lebih daripada 200 makalah di dalam buku, jurnal dan prosiding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah melahirkan 45 orang pelajar Ph.D dan dilantik sebagai pemeriksa untuk 138 tesis Ph.D. Kini beliau masih menyelia 32 pelajar PhD dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Di samping penglibatan dalam penyelidikan, beliau juga menjalankan tugas pengajaran dan bimbingan kepada pelajar pasca siswazah di UKM. Prof. Dr. Supyan sering dijemput sebagai penceramah di pelbagai seminar, persidangan, wacana dan latihan sumber manusia serta media baru bagi menyumbang pandangan beliau tentang isu-isu pendidikan dan sosial yang relevan. Melalui sumbangannya dalam bidang akademik, beliau telah meningkatkan pemahaman tentang peranan adat dalam konteks moden di Malaysia. Pada bulan September 2024, beliau telah menerima Anugerah Tokoh Adat Budaya Nusantara di Melaka. Prof. Dr. Supyan Hussin adalah Yang Dipertuan Pertubuhan Pendokumentasian Warisan Melayu Malaysia.

ATUR CARA:

Date: 24 Oktober 2024 (Khamis)
Time: 2.30 ptg – 4.30 ptg
Venue: Bilik Mesyuarat Keris Perdana, Aras 3 Blok Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM Bangi
Platform: Zoom

2.15 ptg: Pengenalan & alu-aluan oleh Moderator

2.30 ptg: Undang Naning Melaka: Konflik Adat atau Keluarga? – Prof. Dr. Supyan Hussin

4.00 ptg: Sesi Q & A

4.30 ptg: Tamat

Penafian: Pandangan-pandangan yang terkandung dalam pembentangan berkenaan adalah pandangan setiap pembentang yang terlibat dan tidak mewakili pandangan KITA.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [196.27 KB]

Details

Date:
24 October
Time:
2:30 pm - 4:30 pm
Event Category:
Event Tags:

Venue

Bilik Mesyuarat Keris Perdana
Aras 3, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor 43600 Malaysia

Organizer

Institut Kajian Etnik (KITA)