Pelantikan sebagai Ketua JK Semakan Modul Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) – Penghayatan Etika & Peradaban, 16 Disember 2024
Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak atas pelantikan sebagai Ketua Jawatankuasa Semakan Modul Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) – Penghayatan Etika & Peradaban oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mulai 16 Disember 2024.
Semoga Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi terus cemerlang menyumbangkan kepakaran demi masyarakat dan negara.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, dan SDG17.