Dalam konteks kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang berasaskan kepada negara-bangsa, sempadan adalah salah satu elemen yang penting kepada konsep kehidupan tersebut. Malah, sempadan merupakan salah satu kepentingan nasional yang dipertahankan dalam apa jua keadaan sekalipun. Sempadan penting kerana ia merupakan βalatβ pengukur jarak ruang atau geografis sesebuah negara dan bermasyarakat. Persaingan untuk memiliki ruang yang luas merupakan kepentingan nasional yang paling klasik yang terpahat pada setiap negara. Dalam era globalisasi kini, keperluan terhadap ruang semakin mendesak. Konflik yang berlaku di dunia masa kini adalah berpusat kepada persoalan ruang dan perluasan ruang. Ini kerana βruangβ merupakan sumber penting kepada kelangsungan sesebuah negara samada dari sudut sumber yang bersifat tangible dan juga intangible seperti bahan mentah, penempatan, pertahanan, mobiliti sosial, nasionalisme dan identiti politik. Sabah & Sarawak, dua buah entiti politik yang membentuk Persekutuan Malaysia terletak di Pulau Borneo merupakan antara wilayah Malaysia yang mempunyai permasalahan SEMPADAN yang komprehensif dan kompleks serta memerlukan kepada bukan sahaja penelitian yang bersifat konstruktif tetapi pjuga pemahaman intelektual secara holistik terhadap fakta-fakta sosial lapangan seperti migrasi tidak terkawal, pertindihan tuntutan wilayah antara negara jiran, konflik identiti budaya, aktiviti kumpulan pengganas dan lain-lain yang berkaitan.
Zaini Othman merupakan Felo Penyelidik Kanan di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau secara formalnya terlatih didalam bidang Sains Politik dengan tujahan dan penumpuan khusus dalam aspek Pembangunan Politik melalui penelitian yang diberikan kepada persoalan masyarakat sivil, identiti politik, nasionalisme dan negara bangsa dalam kalangan komuniti sempadan. Lapangan kajian mengenai aspek-aspek tersebut banyak ditumpukan kepada komuniti sempadan Sabah-Kalimantan, Indonesia. Kepakaran dan pemahaman luas beliau mengenai alam sosial Sabah telah meletakkan beliau sebagai antara pakar rujuk utama dalam kalangan komuniti akademik [luar & dalam negara], pengamal media [Astro Awani, RTM, Channel News Asia (Singapura), agensi kerajaan [Kementerian Dalam Negeri] & juga organisasi bukan kerajaan berkenaan aspek-aspek politik, keselamatan, dan kemasyarakatan Sabah. Buku tulisan beliau yang berjudul βGerakan Berpolitik Bumiputra Islam Sabahβ, terbitan tahun 2018, telah dijadikan sebagai buku rujukan utama oleh Dewan Bahasa & Pustaka dalam penghasilan buku teks sejarah Tingkatan 4 [Bab Negeri Sabah] Sekolah Malaysia bagi tahun 2020. Terkini, beliau sedang menjalankan kajian mengenai aspek identiti politik dalam kalangan komuniti minoriti Sabah dan hubungan timbal-alik antara komuniti majoriti di bawah nuansa βSabah 4 Sabahanβ serta kesannya ke atas keutuhan federalisme Malaysia.
Date: 26 March 2024 (Tuesday)
Time: 10.00 a.m. – 11.30 a.m.
Venue: KITA Meeting Room, 4th Floor, Kolej Keris Mas Administration Building, UKM Bangi Campus
Live Streaming: Webex & KITA Facebook page
10.00 a.m.: Introduction by Moderator & welcoming remarks
10.05 a.m.: Memahami dan Menelusuri Borneo Dalam Kerangka Persekutuan Malaysia β Assoc. Prof. Dr. Zaini Othman
11.05 a.m.: Q & A Session
11.30 a.m. Closing
Disclaimer: The views expressed in the presentation(s) are those of the presenter(s) and do not necessarily represent the views of KITA.