Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Institut Kajian Etnik (KITA-UKM) akan menganjurkan webinar yang membicarakan mengenai Ras, Rasisme dan Rasialisasi Pada Peringkat Global : Pengalaman Malaysia. Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria akan membentangkan perbincangan mengenai isu ini dengan penampilan khas Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin selaku moderator.
Fokus webinar ini ialah membincangkan penglibatan dan usaha Malaysia di peringkat global berhubung dengan ratifikasi ICERD dan kesenjangan dasar-dasar domestik negara serta berkongsi terjemahan dokumentasi Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu mengenai pengalaman Malaysia berkenaan ICERD yang bertajuk βMemahami Secara Meluas ICERD dalam konteks Perlembagaan Persekutuan, Hak Asasi, dan Masyarakat Malaysiaβ.
Tarikh : 9 Disember 2021 (Khamis)
Masa : 4.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Aplikasi Webex
Penyertaan : Percuma dan Terbuka Kepada Semua
Anjuran : Institut Kajian Etnik (KITA-UKM)
Kata alu-aluan oleh:
β’ YBhg. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Pembentangan oleh:
β’ YBhg. Profesor Datuk Dr. Denison Jayasooria
Pengulas:
β’ Dato’ Dr. Madeline Berma – Felo Kanan, Institut Masa Depan Malaysia
β’ Prof. Madya Dr. Helen Ting – Felo Kanan, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM
β’ Encik Haris Zuan – Felo, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM
β’ Encik Lukman Sheriff Alias – Pengerusi, Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA)
β’ Puan Rozana Isa – Sisters in Islam (SIS)
*Pautan / link ke program webinar akan diterima setelah pendaftaran dibuat.