Pihak KITA-UKM sedang dalam proses mengemaskini maklumat alumni KITA untuk dipaparkan pada laman web KITA sebagai memenuhi indikator penarafan universiti di peringkat antarabangsa yang disertai oleh UKM. Pada masa yang sama usaha berkenaan akan membolehkan pihak KITA berkongsi dan menyampaikan makluman dan peluang-peluang kolaborasi terkini kepada para alumni KITA.