Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)
No. Rujukan MQA
MQA/SWA0718
No. Siri Sijil
22936
Tarikh Akreditasi
28 Januari 2015
Objektif Pendidikan
Program Doktor Falsafah (Pengajian Etnik) dibentuk untuk menghasilkan graduan yang:
- Mampu menghubungkait dan menganalisis permasalahan dalam pengajian etnik dengan kerangka konseptual dan teoretikal antara dan multi-disiplin;
- Membuat analisis kritikal dengan menggunakan metodologi sains sosial, penilaian dan sintesis idea baru dan kompleks dalam pengajian etnik;
- Menyumbang kepada penyelidikan asal melalui tesis dan penerbitan untuk melebarkan sempadan ilmu pengajian etnik;
- Menyumbang ilmu dan kepakaran melalui jaringan akademik dengan rakan, komuniti sarjana dan masyarakat umum;
- Menyumbang kepada pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan di peringkat lokal, nasional, serantau dan global; dan
- Mempunyai etika dan keperibadian yang luhur, berbudaya kepimpinan yang tinggi, memiliki ciri-ciri profesionalisme yang tinggi.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:
- Menguasai dan mengaplikasikan teori, prinsip dan proses pengajian etnik secara analitikal dan kritikal secara mendalam dengan mengambil kira pendekatan antara dan multi-disiplin;
- Menguasai kemahiran teknikal dan pengurusan maklumat secara sistematik berkaitan dengan penyelidikan etnik;
- Memberi sumbangan kepada pihak pengurusan secara inovatif dan bertanggungjawab, berupaya mengendalikan tugas serta membuat keputusan secara berpasukan;
- Berkeyakinan diri, berkebolehan berwacana, fasih berkomunikasi secara lisan dan bertulis dan bertindak secara proaktif untuk membina jaringan akademik;
- Berdaya saing dalam pasaran lokal dan global, dan berupaya menunjukkan tahap profesionalisme berteraskan nilai integriti dan tingkah laku beretika; dan
- Berkemahiran mendorong, memimpin dan menyelia anggota masyarakat untuk bersatu padu, berintegrasi dan harmoni dengan mendokong prinsip kepelbagaian etnik.
Tempoh Pengajian:
Sepenuh masa: enam (6) hingga dua belas (12) semester
Separuh masa: lapan (8) hingga empat belas (14) semester
Mod Pengajian:
Mod penyelidikan sahaja
Keperluan Program
- Mendaftar dan lulus kursus prasyarat termasuk kursus Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa (jika berkenaan)
- Mendaftar dan lulus lapan (8) jam kredit kursus-kursus berikut:
- Membuat pembentangan penyelidikan di peringkat (1) usulan kajian, (2) laporan kemajuan, dan (3) draf akhir dalam Kolokium Siswazah KITA.
Syarat Pengijazahan
- Menyempurnakan bilangan kredit
- Lulus pemeriksaan tesis dan lisan
- Dua (2) makalah yang telah diterbitkan atau telah diterima untuk penerbitan
- Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.
Penilaian Kemajuan Penyelidikan
Kemajuan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang program oleh Penyelia dengan laporan sulit tentang kemajuan pelajar disampaikan kepada Jawatankuasa Siswazah KITA oleh Penyelia Utama atau Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan pada setiap semester. Laporan Kemajuan Calon perlu diisi secara atas talian oleh penyelia dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb) pada minggu ke-17 hingga ke-19.
Pelajar boleh diberikan status βGagal dan Diberhentikanβ sekiranya pelajar memperoleh laporan kemajuan seperti berikut:
- βdengan Ingatanβ sebanyak empat (4) kali sepanjang tempoh pengajian; ATAU
- βdengan Amaranβ sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh pengajian; ATAU
- gabungan dua (2) βdengan Ingatanβ dan satu (1) βdengan Amaranβ sepanjang tempoh pengajian; ATAU
- βGagal dan Diberhentikanβ pada mana-mana semester.
Syarat Kemasukan
1. Kelayakan Minimum
- Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; ATAU
- Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Senat, ATAU
- Calon yang sedang mengikuti program Sarjana Pengajian Etnik secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah KITA untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Pengarah Institut.
2. Bahasa Melayu
Calon-calon dari luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang setara anjuran badan lain yang diperakukan oleh Senat dan lulus kursus itu. Dalam kes tertentu, Senat boleh memberikan pengecualian syarat keperluan Bahasa Melayu seperti termaktub dalam Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.
3. Bahasa Inggeris
- Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:
- mendapat keputusan mininum keperluan minimum Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan skor 550; ATAU
- b) International English Language Testing System (IELTS) dengan Band 6
- Calon luar negara yang akan menulis tesis dalam Bahasa Melayu boleh dikecualikan daripada dikenakan syarat IELTS atau TOEFL tetapi calon itu hendaklah mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI). Sekiranya dia tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh tidak lewat dari dua (2) semester untuk program sarjana atau tiga (3) semester untuk program kedoktoran dari tarikh pendaftaran masuk ke Universiti.
- Institut boleh memberi pengecualian kepada syarat keperluan Bahasa Inggeris kepada calon luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.