Niklas Luhmann (1927β1998) merupakan seorang ahli sosiologi Jerman yang kompleks. Malah, teorinya juga dianggap sebagai teori kompleksiti. Ini kerana teorinya ini berasaskan pendekatan fungsianelektisme, yang menggabungkan pelbagai bidang seperti fizik, matematik, biologi, sibernetik dan falsafah. Pendekatannya ini menghasilkan suatu konsep sosiofizik yang menekankan sifat autopoiesis (self-production). Ini sekaligus membezakannya dengan kebanyakan ahli sosiologi yang lain. Walau bagaimanapun, buku βKehadiran Maknaβ ini ditulis bukan sekadar untuk mengupas kerumitan pemikiran Niklas Luhmann, sebaliknya cuba melampauinya? Sejauh mana pemikirannyaβberjaya atau tidak berjayaβdilampaui? Ini akan dibahaskan dalam perbincangan nanti.
Tarikh: 19 Oktober 2022 (Rabu)
Masa: 10 pagi – 12 tengah hari (GMT +8)
Tempat: Bilik Mesyuarat KITA
Platform: Zoom & KITA Facebook page (pautan di bawah)
10.00 pagi: Pendahuluan oleh Moderator
10.10 pagi: Ulasan buku oleh Dr. Ramze Endut
11.10 pagi: Komentar
11.20 pagi: Sesi Q & A
Ramze Endut, Ph.D merupakan Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan kurator www.ingatan.org, yang merupakan wahana kajian ingatan (memory studies) di Malaysia. Buku suntingan terkininya, Arus Bawah: Kuasa Budaya dalam Pengalaman Malaysia akan diterbitkan oleh UM Press.