Keperluan Penerbitan Program Siswazah KITA
Syarat penerbitan adalah satu syarat bagi pengurniaan ijazah seperti yang termaktub dalam Bahagian II, Perkara 14A(1) Peraturan-peraturan UKM (Pengajian Siswazah) 2021.
Syarat penerbitan mula berkuatkuasa untuk pelajar Sarjana Pengajian Etnik dan Doktor Falsafah (Pengajian Etnik) mulai Semester 1 Sesi 2011/2012. Pelajar yang mendaftar sebelum Semester 1 Sesi 2011/2012 tidak tertakluk kepada syarat penerbitan.
Syarat penerbitan bagi program siswazah KITA berubah dari masa ke semasa sejajar dengan keperluan universiti seperti yang digariskan dalam jadual di bawah.
Penerbitan yang diambil kira adalah dalam tempoh pengajian dan relevan dengan bidang pengajian. Pelajar dimestikan untuk meletakkan alamat KITA-UKM sebagai afiliasi pengarang. Setiap satu salinan penerbitan perlu diserahkan kepada Ketua Penolong Pendaftar KITA melalui Pembantu Tadbir KITA untuk direkod dan difailkan dalam Fail Pelajar.
Kemasukan Pelajar | Sarjana Pengajian Etnik | Doktor Falsafah (Pengajian Etnik) |
---|---|---|
Mulai Semester 1 Sesi 2011/2012 | Satu (1) artikel dalam jurnal berwasit | Dua (2) artikel dalam jurnal berwasit |
Mulai Semester 1 Sesi 2012/2013 | Satu (1) artikel dalam jurnal berindeks ISI/Scopus | Dua (2) artikel dalam jurnal berindeks ISI/Scopus |
Mulai Semester 1 Sesi 2014/2015 | Satu (1) artikel dalam jurnal berindeks ISI/Scopus/ERA atau jurnal tersohor dalam bidang | Dua (2) artikel dalam jurnal berindeks ISI/Scopus/ERA atau jurnal tersohor dalam bidang |
Mulai Semester 1 Sesi 2019/2020 | Satu (1) artikel dari mana-mana kategori berikut: β’ jurnal terindeks ERA/Scopus/WoS; β’ jurnal terbitan Penerbit UKM atau fakulti/institut di UKM atau tersenarai dalam MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite; β’ bab dalam buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM | Dua (2) artikel dari jurnal terindeks Scopus/WoS ATAU sekurang-kurangnya satu (1) artikel dalam jurnal terindeks Scopus/WoS DAN satu (1) artikel dari kategori berikut: β’ jurnal terbitan Penerbit UKM atau fakulti/institut di UKM atau tersenarai dalam MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite; β’ bab dalam buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM |
Catatan:
- WoS: World of Science
- ERA: Excellence in Research for Australia
- MAPIM: Majlis Penerbitan Ilmiah MalaysiaΒ (Malaysia Scholarly Publishing Council)
Dikemas kini: 28 Mei 2024