INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

RERE6022 Pemikiran Sosial Tentang Kajian Etnik

RERE6022 Social Thoughts on Ethnic Studies

Penyelaras Kursus: Dr. Chan Suet Kay

Sinopsis Kursus

Kursus ini meneliti teori dan konsep untuk memahami dan menganalisis pembentukan etnik, identiti etnik dan penghasilan komuniti etnik di Malaysia dan negara lain. Perhatian diberikan kepada mengapa dan bagaimana manusia mengorganisasi perbezaan, mencipta kategori-kategori sosial bagi perbezaan-perbezaan tersebut, dan kepentingan kategori-kategori tersebut apabila dicipta dalam hidup manusia. Kursus ini bermula dengan fokus terhadap perspektif sosiologi secara antarabangsa untuk membentuk tapak analisis teoretikal. Ini kemudian disusuli dengan perspektif teori sosial dari Malaysia, yang mengutamakan kajian etnik. Tumpuan perbincangan diberikan kepada etnisiti/kumpulan etnik sebagai salah satu kategori sosial utama yang dicipta untuk menjeniskan kelainan dalam kalangan manusia, selain daripada kelas, agama, gender, pendidikan, afiliasi politik, tempat tinggal dan sebagainya. Perbincangan juga ditumpu kepada interaksi antara etnisiti dengan kategori-kategori sosial lain, dan impak interaksi ini kepada hidup manusia, khususnya dalam masyarakat kepelbagaian bahasa, budaya, agama dan wilayah seperti Malaysia. Sumbangan kajian etnik dalam pembinaan konsep dan teori juga akan diberi perhatian untuk mempertingkatkan kefahaman tentang perubahan sosial dan transformasi masyarakat Malaysia pada masa kini. Perbincangan akan disertakan dengan contoh-contoh empirikal dari penyelidikan terkini.

Hasil Pembelajaran Kursus

Di akhir kursus, pelajar dalam program Sarjana seharusnya berkebolehan untuk:

  • Menunjukkan ilmu pengetahuan dan pemahaman yang mendalam dan keterhadapan mengenai pemikiran sosial dalam kajian etnik; dan
  • Mengaplikasikan ilmu pemikiran sosial tentang kajian etnik melalui ulasan penerbitan ilmiah dan sastera atau kandungan media kreatif.

Di akhir kursus, pelajar dalam program Doktor Falsafah seharusnya berkebolehan untuk:

  • Menunjukkan pemahaman yang kritis dan mendalam mengenai ilmu keterhadapan mengenai pemikiran sosial tentang kajian etnik; dan
  • Mensintesiskan konsep dan tafsiran baharu mengenai ilmu pemikiran sosial tentang kajian etnik melalui analisis penerbitan ilmiah dan sastera atau kandungan media kreatif.

Rujukan

  1. Giddens, A. & Sutton, P. W. 2021. Sociology. 9th ed. Cambridge: Polity Press.
  2. Robertson, R. 2013. Globalization: Social Theory and Global Culture. London: SAGE.
  3. The Editors of Salem Press. 2016. Sociology Reference Guide: Theories and Theoretical Approaches. California & New Jersey: Salem Press.
  4. Woodward, K. 2021. Social Sciences: The Big Issues. 4th Edition. Oxon: Routledge.
  5. van Tubengen, F. 2020. Introduction to Sociology. London: Routledge.

Sumber: Petikan daripada Proforma RERE6022 bagi sesi akademik 2021/2022.

Dikemas kini: 22 Jun 2023