Sarjana Pengajian Etnik
No. Rujukan MQA
MQA/SWA0719
No. Siri Sijil
22937
Tarikh Akreditasi
28 Januari 2015
Objektif Pendidikan
Program Sarjana Pengajian Etnik adalah bertujuan untuk menghasilkan graduan yang:
- Menguasai dan mentafsir ilmu pengajian etnik;
- Menghubungkait dan menganalisis permasalahan dalam pengajian etnik dengan kerangka konseptual dan teoretikal terkini;
- Menguasai kemahiran analitikal dan metodologi sains sosial untuk membuat sintesis tentang permasalahan etnik;
- Menyumbang ilmu dan kepakaran dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan di peringkat lokal, nasional, serantau dan global; dan
- Mempunyai etika dan keperibadian yang luhur, berbudaya kepimpinan yang tinggi, memiliki ciri-ciri profesionalisme yang tinggi.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:
- Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjanamuda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan kajian etnik;
- Menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian etnik dalam situasi baru dan konteks multidisiplin;
- Mengintegrasikan pengetahuan dan mengurus perkara kompleks semasa pengajian;
- Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau dengan maklumat terhad, mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan semasa pengajian;
- Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar pengajian etnik dengan jelas; dan
- Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi.
Tempoh Pengajian:
Sepenuh masa: dua (2) hingga enam (6) semester
Separuh masa: empat (4) hingga lapan (8) semester
Mod Pengajian:
Mod penyelidikan sahaja
Keperluan Program
- Mendaftar dan lulus kursus prasyarat termasuk kursus Bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa (jika ada)
- Mendaftar dan lulus enam (6) jam kredit kursus yang terdiri daripada:
- Membuat pembentangan penyelidikan di peringkat (1) usulan kajian, (2) laporan kemajuan, dan (3) draf akhir dalamΒ Kolokium Siswazah KITA.
Syarat Pengijazahan
- Menyempurnakan bilangan kredit
- Lulus pemeriksaan tesis dan lisan
- Satu (1) makalah yang telah diterbitkan atau telah diterima untuk penerbitan
- Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.
Penilaian Kemajuan Penyelidikan
Kemajuan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang program oleh Penyelia dengan laporan sulit tentang kemajuan pelajar disampaikan kepada Jawatankuasa Siswazah KITA oleh Penyelia Utama atau Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan pada setiap semester. Laporan Kemajuan Calon perlu diisi secara atas talian oleh penyelia dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb) pada minggu ke-17 hingga ke-19.
Pelajar boleh diberikan status “Gagal dan Diberhentikan” sekiranya pelajar memperoleh laporan kemajuan seperti berikut:
- βdengan Ingatanβ sebanyak empat (4) kali sepanjang tempoh pengajian; ATAU
- βdengan Amaranβ sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh pengajian; ATAU
- gabungan dua (2) βdengan Ingatanβ dan satu (1) βdengan Amaranβ sepanjang tempoh pengajian; ATAU
- βGagal dan Diberhentikanβ pada mana-mana semester.
Syarat Kemasukan
1. Kelayakan Minimum
- Ijazah Sarjanamuda dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; ATAU
- Ijazah Sarjanamuda dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja; ATAU
- Ijazah Sarjanamuda dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.50 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja
2. Bahasa Melayu
Calon-calon dari luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang setara anjuran badan lain yang diperakukan oleh Senat dan lulus kursus itu. Dalam kes tertentu, Senat boleh memberikan pengecualian syarat keperluan Bahasa Melayu seperti termaktub dalam Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.
3. Bahasa Inggeris
- Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:
- mendapat keputusan mininum keperluan minimum Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan skor 550; ATAU
- b) International English Language Testing System (IELTS) dengan Band 6
- Calon luar negara yang akan menulis tesis dalam Bahasa Melayu boleh dikecualikan daripada dikenakan syarat IELTS atau TOEFL tetapi calon itu hendaklah mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI). Sekiranya dia tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh tidak lewat dari dua (2) semester untuk program sarjana atau tiga (3) semester untuk program kedoktoran dari tarikh pendaftaran masuk ke Universiti.
- Institut boleh memberi pengecualian kepada syarat keperluan Bahasa Inggeris kepada calon luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.