INSTITUT KAJIAN ETNIK β€’ 𝘐𝘯𝘴𝘡π˜ͺ𝘡𝘢𝘡𝘦 𝘰𝘧 𝘌𝘡𝘩𝘯π˜ͺ𝘀 𝘚𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴

 

Siri Kertas Kajian Etnik UKM

Siri Kertas Kajian Etnik UKM adalah penerbitan sulung KITA. Matlamat siri kertas kerja ini adalah selari  dengan taraf rasmi UKM sebagai universiti penyelidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Siri ini menawarkan premis untuk penyebaran dapatan kajian  dan perbahasan teoretikal di kalangan akademik dan penyelidik di Malaysia dan seantaro dunia mengenai isu kajian etnik. Semua artikel yang diserahkan untuk penerbitan dalam Siri ini akan dinilai oleh sekurang-kurangnya seorang pewasit sebelum diterbitkan. Pandangan yang diluahkan dalam Siri ini adalah kepunyaan penulis sendiri dan tidak mewakili pendirian pihak KITA.  Dua Kertas pertama yang diterbitkan  dalam Siri ini pada November 2008 mempunyai nombor ISBN. Pada tahun 2009, Siri ini diberi nombor kod ISSN. Walau bagaimanapun, mulai November 2014, Siri ini kembali kepada nombor kod ISBN.

Jawatan Kuasa Penerbitan KITA

Ketua Sidang Penyunting:

  • Dr. Rachel Chan Suet Kay

Ahli Sidang Penyunting:

  • Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid
  • Dr. Eric Olmedo Panal
  • Dr. Adil Johan

Unit Teknikal:

  • Dr. Pue Giok Hun (Webmaster)
  • En. Mohd Faris Ngadinin@Adinin (Pengurus Kewangan)
  • Tn. Hj. Ahmad Zul Hakimi Hassim (Rekabentuk & Pemasaran)
  • Pn. Bahirah Syazana Mohamad Zan (Penyelaras Pemasaran)
  • En. Muhamad Shamri Rahmat (Percetakan)

Panduan Penghantaran Manuskrip

1. Semua manuskrip yang dihantar untuk pertimbangan penerbitan adalah disarankan untuk menggunakan format APA dalam penulisan.
2. Manuskrip ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
3. Panjang manuskrip tidak kurang daripada 3,500 patah perkataan (termasuk rujukan).
4. Lampirkan bersama abstrak dalam 250 patah perkataan.
3. Sila lampirkan biodata ringkas Pengarang (tidak melebihi 150 patah perkataan).

Untuk maklumat lanjut berkenaan peluang penerbitan dalam Siri Kertas Kajian Etnik UKM, sila hubungi:

Dr. Rachel Chan Suet Kay
Ketua Editor Siri Kertas Kajian Etnik UKM
E-mel: rachelchansuetkay@ukm.edu.my

Panduan Pembelian Buku Penerbitan KITA

Sila hubungi Pegawai Penerbitan KITA untuk maklumat lanjut:
Tel: (+603)89214724 / 89214641
E-mel: syazana3030@gmail.com

Senarai Tajuk dalam Siri Kertas Kajian Etnik UKM

Dikemas kini: 2 Februari 2024