Visi, Misi, Matlamat
Visi
Untuk mengekalkan hubungan intra-etnik dan antara etnik yang inklusif, stabil dan aman dalam kalangan rakyat Malaysia dan luar.
Misi
Untuk memupuk dan membina pendekatan-pendekatan inklusif dan strategi dalam menangani cabaran-cabaran kompleks yang melibatkan elemen etnik.
Matlamat
1) Akademik:
- Untuk membangunkan pangkalan data yang komprehensif berkenaan hubungan etnik dan kumpulan minoriti di mana data dikumpul secara langsung dan tidak langsung khususnya dalam Malaysia dan secara perbandingan dengan masyarakat-masyarakat plural lain;
- Untuk membina keupayaan profesional, akademik, intelektual, falsafah dalam kalangan kelompok pakar yang mengkhusus dalam bidang hubungan etnik dan minoriti secara jangka panjang;
- Untuk memupuk jaringan akademik dan intelektual serta pertukaran profesional dalam kalangan penyelidik dalam bidang kajian etnik dan minoriti, dari dalam dan luar negara Malaysia.
2) Advokasi Awam:
- Menyediakan latihan, kemahiran dan wacana awam melalui perbincangan meja bulat serta perbincangan kumpulan khusus dari kalangan orang awam, kumpulan khusus dan komuniti berkaitan dengan aspek hubungan etnik di Malaysia;
- Memberi akses bahan-bahan berasaskan hasil kajian untuk media massa, hal-hal berkaitan dengan pelbagai isu governans, pertimbangan ekonomi dan sosio politik dalam negara ini.