Kunjungan KSU Kementerian Perpaduan Negara ke KITA, 3 Oktober 2024

Pada 3hb Oktober 2024 (Khamis) delegasi Kementerian Perpaduan Negara dengan diketuai Ketua Setiausaha YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, telah mengadakan sesi kunjungan balas ke Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Delegasi tersebut telah disambut oleh pihak pengurusan tertinggi KITA iaitu Pengarah Pengasas KITA Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan Timbalan Pengarah KITA Prof Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid berserta felo dan staf.

Pada sesi kunjungan tersebut antara fokus utama perbincangan adalah aspirasi dan hala tuju Kajian Indeks Perpaduan Nasional fasa ketiga (IPNas 3.0) yang berlangsung pada tahun 2024.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG16 dan SDG17.

Kredit foto: Laman Facebook Kementerian Perpaduan Negara