Lawatan Penandaarasan Institut Pengajian Borneo, UNIMAS, 29 Oktober 2024
Pada 29 Oktober 2024 (Selasa) jam 10 pagi, Institut Kajian Etnik (KITA) telah menerima kunjungan Lawatan Penandaarasan Pengurusan Kualiti Perkhidmatan dan Jaminan Kualiti Akademik & Akreditasi Kualiti dari Institut Pengajian Borneo, UNIMAS. Lawatan delegasi yang diketuai oleh Prof. Dr. Poline Bala, Pengarah IPB bersama-sama lima orang kakitangan akademik dan bukan akademik IPB telah disambut oleh Pengarah Pengasas KITA, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan pihak pengurusan KITA.
Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG16 dan SDG17.