Penubuhan Unit Media KITA, 24 Jun 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Media KITA telah ditubuhkan secara rasminya pada 21 Februari 2024 bersempena tarikh Perbincangan Awal Unit Media KITA dengan mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 24 Jun 2024. Matlamat utama penubuhan Unit Media KITA adalah untuk merancang dan menguruskan penghasilan kandungan media untuk tujuan pendidikan dan advokasi (educate and advocate) masyarakat awam tentang KITA dan aktiviti KITA dalam bentuk video pendek dan/atau audio melalui saluran-saluran media rasmi KITA yang pada masa ini terdiri daripada laman web, laman Facebook, YouTube, Instagram dan TikTok.

Struktur dan keahlian Unit Media KITA adalah seperti di bawah:

  • Penasihat: Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid
  • Pengerusi: Dr. Pue Giok Hun
  • Naib Pengerusi: Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham
  • AJK: En. Mohd. Faris Ngadinin @ Adinin
  • AJK: Pn. Noorrulhawa Abu Bakar
  • AJK: En. Ahmad Zul Hakimi Hassim
  • AJK: En. Norakmar Mohd. Nordin
  • AJK: Pn. Nur Hezreen Othman
  • AJK: En. Muhamad Shamri Rahmat
  • AJK: En. Mohd Yuszaimy Md Yusof

Semoga penubuhan Unit Media KITA ini akan dapat membantu menyebarluas maklumat rasmi dan sumbangan Institut Kajian Etnik (KITA) dalam kajian etnik dan etnisiti di peringkat masyarakat, negara dan antarabangsa, dan seterusnya meningkatkan impaknya ke arah institut penyelidikan yang sentiasa relevan, dirujuk dan dihormati (relevant, referred, respected).

Ahli Unit Media KITA (dari kiri ke kanan): En. Mohd. Faris Ngadinin @ Adinin, Dr. Nurul Akqmie Badrul Hashim, Pn. Nur Hezreen Othman, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Dr. Pue Giok Hun, Pn. Noorrulhawa Abu Bakar, En. Norakmar Mohd. Nordin. Tiada dalam gambar: En. Ahmad Zul Hakimi Hassim, En. Muhamad Shamri Rahmat, En. Mohd Yuszaimy Md Yusof.