Tokoh Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Sembilan, 6 Julai 2024

Seluruh warga Institut Kajian Etnik (KITA), UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin atas penganugerahan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446 Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah berlangsung pada 6 Julai 2024 di Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan. Pada majlis tersebut Canselor UKM, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengurniakan penganugerahan itu kepada Prof Ulung.

Semoga Prof. Ulung Datuk terus cemerlang menyumbang jasa dan bakti kepada universiti, masyarakat dan negara tercinta.

Di bawah merupakan biografi Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Sembilan seperti mana yang disiarkan melalui Siaran Media Jabatan Hal Ehwal Agama Ismail Negeri Sembilan (HJEAINS), 6 Julai 2024.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [108.00 KB]