Selamat Bersara Pn. Sofie, 4 Januari 2021
Selamat Bersara diucapkan kepada Pn. Sofiah (Sofie) Haji Tamat, Setiausaha kepada Pengarah Pengasas KITA yang bersara pilihan pada 4 Januari 2021 setelah berkhidmat selama 34 tahun di UKM.
Seluruh warga KITA mendoakan semoga Pn. Sofie sentiasa diberikan perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan serta dimurahkan rezeki dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Terima kasih Kak Sofie, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.