SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
A: Maklumat Pertandingan
- Pertandingan dibuka dari 15 September 2016 hingga 28 Februari 2017.
- Penyertaan adalah percuma.
- Video yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa Melayu yang sesuai untuk penutur asing pada peringkat asas.
- Video yang dihasilkan mestilah berdasarkan salah satu tema perbualan seharian penutur bahasa Melayu seperti yang berikut:
-
- Pengenalan diri dan Sapaan
- Pengenalan tentang keluarga
- Urusan di kaunter
- Membeli-belah
- Makanan tradisional
- Sistem pengangkutan
- Alam sekitar dan cuaca
- Perayaan
- Pekerjaan
- Pengenalan tentang permainan rakyat/permainan tradisional Melayu.
- Tempoh rakaman video adalah antara tiga hingga lima minit (3-5) sahaja.
B: Peserta Pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Penyertaan dibuka secara berkumpulan , dua hingga empat (2-4) orang.
C: Syarat Pertandingan
- Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
- Setiap penyertaan akan disahkan oleh urus setia.
- Peserta bebas memilih pelakon dari kalangan peserta atau orang lain, dan boleh menggunakan grafik atau animasi mengikut kreativiti masing-masing.
- Video boleh dihasilkan dalam bentuk dialog, sketsa pendek atau teknik-teknik baharu lain yang dianggap rasional.
- Video yang dihasilkan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
- Video yang dihasilkan tidak boleh menyinggung mana-mana pihak dan tidak mengandungi isu sensitif.
- Video yang dihasilkan mestilah asli.
- Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
asli/dijiplak daripada karya lain. - Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
- Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan
- Hak cipta video adalah milik peserta. Penganjur mempunyai hak bukan eksklusif bebas royalti untuk menggunakan video bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, dan tujuan-tujuan lain selagi tidak melanggar hak moral peserta.
- Hak cipta video adalah milik peserta, tetapi peserta hendaklah membenarkan penganjur menggunakan video tersebut untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
- Peserta membenarkan Video yang dipertandingkan dimuat naik dalam YouTube dan laman web rasmi urus setia.
- Peserta membenarkan urus setia membuat suntingan terhadap video yang menyertai pertandingan bagi tujuan penyiaran.
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan tiada apa-apa perlanggaran hakcipta pihak ketiga dalam video yang dipertandingkan. Penganjur tidak bertanggungan ke atas apa-apa tuntutan oleh pihak ketiga.
- Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang berlainan.
- Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:
- Biodata peserta (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)
- Perakuan penyertaan adalah karya asli
- Perakuan mengizinkan urus setia memuat naik video di laman YouTube dan laman web rasmi urus setia.
HADIAH PERTANDINGAN
- Hanya satu pemenang sahaja akan dipilih daripada setiap tema yang dipertandingkan.
Hadiah Terbaik Setiap Tema | RM200/sijil penghargaan |
- Peserta layak memenangi lebih daripada satu hadiah yang ditawarkan.
URUS SETIA PERTANDINGAN
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-8921 3557 | Faks: 603- 8925 4698