Loka Berkarya Sesi 2024/2025

 

Program loka berkarya merupakan sebuah program bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang bakat dan kebudayaan kepada pelajar sekolah menengah. Program ini berpotensi untuk memupuk bakat kesenian dalam diri pelajar dari peringkat sekolah menengah lagi.

Program ini berlansung di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena selama 3 hari 2 malam dan perlu menetap di asrama sekolah tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari menetap di sekolah tersebut seperti ‘ice breaking’, persembahan daripada pelajar kolej, aktiviti latihan dalam kumpulan, dan persembahan penutup daripada pelajar sekolah tersebut.

Seramai 42 orang pelajar dari Kolej Ibrahim Yaakub dan seorang felo penasihat telah dihantar untuk mengajar bakat dalam kebudayaan kepada pelajar-pelajar mengikut portfolio masing-masing. Sekolah juga telah menghantar seramai 346 orang pelajar untuk menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2, tingkatan 3, dan tingkatan 4 .