PERKHEMAHAN PETI PERTOLONGAN CEMAS (PPC)
Perkhemahan ini dilancarkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kaedah pertolongan cemas asas disamping mendapatkan pengalaman perkhemahan pada peringkat universiti. Ini juga supaya ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Det88E dapat mempersiapkan diri dalam menghadapi tugas pertolongan cemas yang mendatang.
Antara pihak terlibat dalam mengurus program adalah Ahli Jawatan Kuasa, MEP Pemantau dan Felo Pemantau.
Dari segi slot pula, ia telah melibatkan penceramah dari Pusat Kesihatan Universiti, UKM iaitu Puan Nur Syamimi dan Encik Mohamad Fitri untuk memberi tunjuk ajar mengenai teknik CPR dan asas pertolongan cemas. Majlis penutup juga telah dihadiri oleh Dr. Mohamad Saiful, Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia UKM sebagai tetamu jemputan.
Program yang dijalankan dari 20 hingga 22 Disember 2024 telah disertai oleh pelajar UKM seramai 44 orang. Pihak penganjur akan memastikan SOP sebelum, semasa dan selepas program ini terjaga supaya dapat menjamin keselamatan para peserta dan ahli-ahli BSMM Det 88E.