Kolej Ibu Zain (KIZ), Universiti Kebangsaan April 1994 Malaysia. Nama kolej ini adalah bersempena dengan nama tokoh kemerdekaan iaitu Ibu Zain atau nama sebenarnya Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman seorang tokoh wanita Melayu yang penuh kelembutan tetapi tegas dalam perjuangan membangunkan anak bangsa. Penubuhan kolej kediaman yang ketujuh ini mampu menampung keperluan penginapan sebanyak 400 orang pelajar. Kolej ini dibina di atas Bukit Warisan yang berkonsepkan ala-resort yang mementingkan persekitaran dan lanskap yang hijau dan kondusif untuk suasana pembelajaran.
olej Sebagai salah sebuah entiti di UKM, Kolej Ibu Zain menawarkan dua perkhimatan utamanya iaitu meliputi penginapan pelajar dan juga pembangunan pelajar. Pada tahun 2008, Kolej Ibu Zain telah dijadikan sebagai pusat aktiviti pelajar antarabangsa dan dikenali sebagai sebagai Ibu Zain International Student House (IZISH). Pada tahun 2013 nama kolej ini telah ditukar kembali kepada nama Kolej Ibu Zain bagi memberi ruang dan peluang kepada kolej-kolej kediaman lain di UKM bagi menerima pelajar antarabangsa selaras dengan matlamat pengantarabangsaan universiti. Tahun 2017, Kolej Ibu Zain telah dinaiktaraf menjadi sebuah kolej primier
Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia Building a Community of Excellence and Innovation