Konvensyen Kepimpinan Belia Kebangsaan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

KERTAS KERJA

 

GARIS PANDUAN ABSTRAK (KERTAS KERJA DAN POSTER)

  1. Abstrak hendaklah ditaip dalam satu perenggan tanpa sebarang santak.
  2. Panjang abstrak hendaklah antara 150 hingga 250 patah perkataan.
  3. Abstrak yang baik hendaklah mengandungi permasalahan kajian, objektif kajian, kawasan kajian, perkaedahan kajian, hasil kajian serta implikasi dasar. Berikan lima kata kunci yang tidak termasuk dalam tajuk dalam susunan abjad dan hendaklah dipisahkan dengan koma bertitik.

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Bahasa

Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu atau English. Pengarang perlu menyemak terlebih dahulu sebelum menghantar kertas kerja jika kemungkinan terdapat kesalahan tatabahasa atau ejaan.

Struktur Kertas Kerja

  • Pengenalan
  • Permasalahan Kajian
  • Objektif
  • Persoalan Kajian
  • Kepentingan Kajian
  • Perkaedahan Kajian
  • Kesimpulan
  • Rujukan
  • Lampiran

Format dan Ukuran Had Kertas

Arahan adalah seperti berikut :

  • Panjang Kertas : 12 muka surat penuh termasuk rujukan, jadual/carta dan kata kunci
  • Abstract : 150 – 250 patah perkataan
  • Kata Kunci : 3 – 5 patah perkataan
  • Jenis huruf & Saiz : Times New Roman – 12 poin
  • Perenggan : Jarak 1.0
  • Margin : ( Atas : 2.54 cm, Bawah : 2.54 cm ; Kiri : 3.18 cm, Kanan : 3.18 cm )
  • Muka surat : Bawah dan Tengah
  • Susun Atur : Potret satu lajur
  • Format : Microsoft Word

Kaedah Penyerahan

Sila hantar kertas kerja melalui borang penyerahan atas talian di laman sesawang KKBK 2019

 Pembentangan Kertas Kerja

Had masa pembentangan ialah 15 minit. Anda boleh menggunakan gaya bentuk pembentangan yang anda kehendaki. Pastikan anda menghadiri persidangan lebih awal. 

Pembentangan Poster Kertas Kerja

Pembentang perlu membentang kertas kerja dalam bentuk poster mengikut kreativiti masing-masing pada hari kejadian. Poster hendaklah dihantar terlebih dahulu melalui borang penyerahan atas talian di laman sesawang KKBK 2019. Poster tersebut hendaklah dicetak sendiri kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan pencetakan.

Berikut adalah format Poster Kertas Kerja :

Struktur Pembentangan Poster

  1. Pengenalan
  2. Permasalahan Kajian
  3. Persoalan Kajian

Format dan Had Ukuran Kertas

  1. Format Kertas : Kertas A1
  2. Size Kertas : 23.4 x 33.1 inci

Penerbitan

Kesemua kertas kerja akan diterbitkan di e-Proceedings menggunakan ISBN yang berdaftar. Kertas Kerja yang terpilih akan dipertimbangkan untuk penerbitan jurnal.

Penghantaran Abstrak Penuh:
Sila hantar abstrak dan kertas kerja penuh anda ke kkbk2019@gmail.com.my