ISU PENGINAPAN SEM 2 SESI 21/22
KOLEJ KERIS MAS (KKM), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PERMOHONAN PENGINAPAN SEMESTER 2 SESI 2021/2022
Kolej Keris Mas, 5 Februari 2022: Selaras dengan cuti Semesteri 1 sesi 21/22 yang akan bermula pada 27 Februari 2022 ini semua pelajar diingatkan untuk membuat permohonan penginapan bagi Semester 2 sesi 2021/2022. Permohonan ini adalah wajib kepada semua pelajar tanpa kecuali bagi yang ingin menetap di Kolej Kediaman.
Hal ini merujuk kepada pekeliling (UKM.PPP.100-1/3/1) yang dikeluarkan oleh Pusat Perumahan Pelajar pada 31 Januari 2022. Semua pelajar tanpa kecuali diminta untuk membuat permohonan penginapan bermula pada 7 Februari 2022 sehingga 20 Februari 2022.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://appsmu.ukm.my/ekolej
Sekiranya anda berjaya mendapat tempat di Kolej untuk semester 2 anda WAJIB membuat pengesahan penerimaan. Pengesahan ini boleh dibuat melalui pautan https://appsmu.ukm.my/ekolej pada 26 Februari 2022 sehingga 5 Mac 2022.
Pekeliling PPP: PEKELILING PUSAT PERUMAHAN PELAJAR BIL 1.2022
F.A.Q
Adakah pelajar tahun 1 wajib buat permohonan untuk menginap di Kolej Semester 2 nanti ?
Ye wajib. Semua pelajar perlu membuat permohonan dan membuat pengesahan melalui pautan https://appsmu.ukm.my/ekolej.
Adakah kami pelajar tahun 1 akan dapat kolej sama pada semester 2 nanti ?
Buat masa ini ye anda akan kekal berada di kolej yang sama.
Saya pelajar tahun 1 tapi tidak masuk Kolej pada semester 1, adakah saya boleh untuk menginap di Kolej pada semester 2 ?
Ye boleh. Anda boleh untuk memohon menginap di Kolej Kediaman pada semester 2. Anda diminta untuk semak kembali surat tawaran dan sekiranya anda dapat Kolej Keris Mas maka anda hendaklah membuat permohonan Kolej Keris Mas melalui pautan https://appsmu.ukm.my/ekolej
Boleh ke pelajar tinggalkan barang di dalam bilik ?
Tidak. Hal ini bagi mengelakkan masalah sekiranya bilik bertukar pada semester 2 akan datang. Oleh itu pelajar dilarang meninggalkan apa-apa barang di dalam bilik. Sekiranya didapati pelajar meninggalkan barang mereka dibilik, pihak kolej berhak untuk mengenakan denda dan barang dilupuskan.
Barang kami banyak, dimanakah patut kami letakkan ?
Pihak kolej menyediakan stor penyimpanan barang di aras 7 setiap blok. Anda boleh menghubungi Felo Blok untuk buka kunci stor. Berikut adalah jadual penyimpanan barang:
TARIKH | MASA |
14-25 FEBRUARI 2022 | 9.00 PAGI – 12 TENGAH HARI |
Anda diminta untuk memaklumkan kepada felo lebih awal sekiranya anda ingin meletakkan barang anda di stor penyimpanan. Penyimpanan barang diluar waktu ditetapkan adalah mengikut kepada budi bicara felo bertugas.
Berikut pula adalah tarikh pengambilan barang di stor:
TARIKH | MASA |
27 MAC-14 APRIL 2022 | 8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
Barang hanya dibenarkan untuk diambil pada waktu yang ditetapkan, sebarang permintaan diluar waktu tersebut tidak akan dilayan. Barang yang tidak diambil pada waktu ditetapkan dianggap tidak berguna dan akan dilupuskan.
PERINGATAN MESRA: ANDA DILARANG UNTUK MENYIMPAN BARANG BERHARGA DAN DOKUMEN DI STOR PENYIMPANAN YANG DISEDIAKAN.
Boleh ke kami mohon penginapan luar semester ?
Berdasarkan kepada perbincangan bersama pengurus Kolej Keris Mas, semua pelajar berhak untuk mohon sewa luar semester. Berikut adalah link bagi Permohonan
Luar Semester 21/22
28/2/22 hingga 26/3/22.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20/2/22.
Pelajar yang berjaya boleh mula mendaftar di Pejabat Kolej Aras 3 pada 28/2/2022-1/3/2022.
Terima kasih
https://forms.gle/c8hQ2EHVNXm8P9yn7
Dimanakah tempat untuk mohon penginapan luar semester ?
Anda boleh membuat permohonan di pejabat pentadbiran Kolej Keris Mas (Aras 3 Blok Pentadbiran). Anda digalakkan untuk membuat surat permohonan penginapan luar semester.
Berapakah kadar dikenakan untuk penginapan luar Semester ?
Boleh ke kami mohon penginapan luar semester lebih awal ?
Anda boleh naik ke pejabat dan berbincang dengan staf. Perkara ini mengikut budi bicara dan alasan mengapa anda perlu membuat permohonan lebih awal.
Kami dapat bilik sama ke untuk penginapan luar semester ?
Untuk masa ini, lelaki akan dapat bilik yang sama. Namun bagi pelajar wanita, hanya 2 blok dibuka. Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh berhubung dengan staf Kolej Keris mas.
Kami dapat bilik sama ke untuk Semester 2 ?
Sehingga setakat ini tiada sebarang kepastian untuk anda akan kekal di bilik sama pada semester 2.
Kami merupakan penghuni kolej keris mas untuk semester 1 2021/2022, adakah kami akan dapat Kolej yang sama ?
Sekiranya anda mendaftar masuk sebagai penghuni Kolej Keris Mas pada semester 1, jaminan untuk anda dapat Kolej yang sama pada semester 2 adalah tinggi. Jadi anda wajib untuk membuat permohonan kembali dan mengesahkan anda akan kembali ke Kolej pada semester 2 akan datang.
Kami tidak daftar kolej pada semester 1, boleh ke kami mohon Kolej Keris Mas ?
Ye boleh. Namun tiada sebarang jaminan untuk anda dapat masuk ke Kolej Keris Mas. Anda akan bersaing dengan pemohon lain. Permohonan anda adalah berdasarkan kepada kekosongan bilik di Kolej Keris Mas.
(akan dikemaskini)
Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh whatsapp Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas dibawah atau mana-mana MEP yang lain.
Syahmi – 017 923 6591 | Anwar – 011 6329 1997 | Farhana – 013 337 1885 | Hazirah – 011 4035 6218 | Nurin – 013 744 3034
CARA MEMBUAT PERMOHONAN DAN PENGESAHAN
- Masukkan domain : https://appsmu.ukm.my/ekolej
- Isikan “No KAD MATRIK” dan “Password” SMPWEB
- Klik Permohonan – > Dalam Semester -> Pengesahan Semester 2.
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ KERIS MAS
2021/2022
WEBSITE: https://www.ukm.my/kkm
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/bangsakerismas
FACEBOOK: https://www.facebook.com/kerismas