GISUKM
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu universiti yang mempunyai keadaan muka bumi yang unik dengan mempunyai ketinggian muka bumi yang pelbagai. Bentuk muka bumi ini memainkan peranan di dalam aspek perancangan pembinaan dan juga pengawalan alam sekitar. Pengurusan muka bumi dan juga perancangan pembangunan perlulah dilakukan dengan lebih terperinci dan berkesan bagi menghasilkan satu sistem kerja yang bermutu. Pengurusan objek di muka bumi perlu sentiasa di kemas kini dan di simpan di dalam satu sistem pangkalan data yang tersusun. Ini termasuklah maklumat objek (spatial) dan juga maklumat biasa (atribut).
Pengurusan bangunan dan ruang bangunan adalah penting bagi memastikan maklumat yang ada di simpan di dalam satu pangkalan data yang bersepadu. Maklumat ruang dan juga fasiliti sesuatu bangunan perlu di urus dengan baik. Maklumat spatial mampu membantu mengurus dengan lebih tersusun dan baik.
Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu aplikasi yang mampu untuk menyelesaikan permasalahan yang berasaskan posisi atau kedudukan di muka bumi. Bagi menghasilkan satu perancangan pembangunan jangka pendek dan jangka panjang, penggunaan GIS banyak membantu terutama di dalam menentukan kawasan yang boleh dibangunkan dan sebaliknya. Di samping itu juga penggunaan GIS dapat membantu untuk merancang pembangunan akan datang.