KONVOKESYEN UKM

Bayaran Hutang Tertunggak

  1. Graduan hendaklah memastikan semua hutang tertunggak seperti yuran pengajian dan yuran penginapan dan sebarang denda seperti denda perpustakaan dan saman trafik, dijelaskan terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengambil jubah.

  2. Graduan boleh menyemak status hutang di laman web Portal E-Kewangan. Sila hubungi Unit Kewangan Pelajar melalui e-mel ukpbendahari@ukm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan keterangan lanjut.

  3. Bagi hutang PTSL, graduan boleh menyemak status hutang menerusi http://gemilang.ukm.my/. Sila rujuk Panduan Pemulangan Buku & Pembayaran Denda Perpustakaan.

  4. Bagi saman trafik, graduan boleh membuat semakan melalui https://ewarga.ukm.my/trafik/. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-89214444.

  5. Bayaran hutang / denda hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah.

  6. Bagi graduan Program Eksekutif/Program Berterusan Jarak Jauh (Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional ), semakan hutang boleh dibuat melalui Portal E-Kewangan(https://ekewangan.ukm.my) atau menghubungi Unit Kewangan UKMShape di talian 03-8927 2108/ 2109/ 2133 atau email accshape@ukm.edu.my.