1. |
Jubah dan Topi (Mortarboard/Bonnet) graduan perlu dikembalikan seperti ketetapan berikut:
TARIKH | MASA | TEMPAT |
23 November 2024 (Sabtu) hingga 6 Disember 2024 (Jumaat) | 8:30 pagi - 5:30 petang
*Setiap hari KECUALI Jumaat
Jumaat
8:30 pagi - 12:15 tengahari,
2:45 petang - 5:30 petang | Terdapat dua (2) lokasi pemulangan jubah iaitu bertempat di:
- Bangunan Tun Fatimah Hashim (Semua Graduan KECUALI Graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah [DPLI]); dan
- Ballroom UKMShape (Graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah [DPLI] sahaja).
|
|
|
|
2. |
Bermula 7 DISEMBER 2024 (caj denda lewat mula dikenakan), urusan pemulangan jubah dan topi (Mortarboard/Bonnet) adalah seperti berikut:
- Kaunter AKADEMIK-UKM, Aras G, Bangunan Akademik-UKM, Lingkungan Kedua (Semua Graduan KECUALI Graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah [DPLI]); dan
- Kaunter UKMShape, Bangunan UKMShape (Graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah [DPLI] sahaja).
Waktu Operasi Kaunter:
Isnin – Khamis
- 8.00 pagi – 5.00 petang, rehat jam 1.00 petang – 2.00 petang.
Jumaat
- 8.00 pagi – 5.00 petang, rehat jam 12.15 tengahari – 2.45 petang.
Sabtu dan Ahad
|
|
|
3. |
Kadar caj denda lewat bagi pemulangan jubah dan topi (Mortarboard/Bonnet) yang akan dikenakan adalah seperti ketetapan berikut:
- RM50.00 – hari pertama;
- RM10.00 – tambahan untuk hari berikutnya (termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum) sehingga mencapai kadar maksima RM1,000.00 beserta jubah dan topi (Mortarboard/Bonnet);
- RM1,500.00 – kehilangan jubah.
Caj denda lewat pemulangan jubah dan topi perlu dijelaskan terlebih dahulu melalui Portal e-Kewangan (Bayaran Tanpa Invois > Kategori Konvokesyen > Bayaran Denda Lewat Pulang Jubah) sebelum memulangkan jubah dan mengambil skrol serta transkrip graduan.
|
|
|
4. |
Jubah dan topi (Mortarboard/Bonnet) yang dipulangkan mestilah berada dalam keadaan baik. Sekiranya jubah dan topi yang diterima berada dalam keadaan rosak/digunting, graduan akan dikenakan denda seperti kadar berikut:
- RM700.00 – jubah prasiswazah;
- RM900.00 – jubah pascasiswazah (kecuali jubah PhD); dan
- RM1,200.00 – jubah pascasiswazah (jubah PhD)
|
|
|
5. |
Semasa pemulangan jubah, graduan perlu memastikan:
- Jubah dan topi (Mortarboard/Bonnet) tidak dicuci tetapi perlu dipulangkan bersama penyangkut baju yang diberikan semasa pengambilan jubah; dan
- Sarung plastik jubah TIDAK PERLU DIPULANGKAN.
|
|
|
6. |
Graduan boleh mengambil skrol ijazah dan transkrip rasmi selepas urusan pemulangan jubah selesai di lokasi yang sama. Bagi graduan yang menghantar wakil, perlu menyertakan bukti Surat Kuasa.
|