BERITA ZA'BARIAN
JELAJAH VARSITI 2024
Assalamualaikum dan Salam Pewaris Keunggulan Pendeta.
Program Jelajah Varsiti 2024 anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi dan UKMShape telah berlangsung pada 3-5 September 2024. Program ini melibatkan penyertaan seramai 147 pelajar dan 15 guru dari SMK Abdul Rahman Talib, SMK Sultan Ahmad, dan SMK Bera, Pahang. Fasilitator program terdiri daripada Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za’ba dan ahli Kelab Perwira KPZ.
Para peserta turut disantuni oleh Prof Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan) dan Prof. Ts. Dr Norinsan Kamil Othman, Pengarah Hal Ehwal Pelajar UKM semasa lawatan program.
Sepanjang program ini, peserta telah dibawa melawat ke beberapa lokasi di UKM seperti Bangunan Canselori, Perpustakaan Tun Seri Lanang, galeri-galeri di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Bangunan PUSANIKA, Fakulti Pendidikan, serta Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.
Di samping itu, para peserta turut menjalankan aktiviti-aktiviti latihan dalam kepimpinan, taklimat mengenai pengajian tinggi, dan sesi pembangunan sahsiah diri yang memberi manfaat besar kepada semua peserta. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Muhammad Rahimi bin Yusop, Pengetua Kolej Pendeta Za’ba.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Pewaris Keunggulan Pendeta
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR,
KOLEJ PENDETA ZA’BA
SESI 2024/2025,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA













