BERITA ZA'BARIAN
KEJOHANAN SUKEM UKM 2024
UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA ATLET SUKEM 2024 KOLEJ PENDETA ZA’BA
SUKEM 2024 telah melabuhkan tirainya pada 19 Nov 2024 yang lalu. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua atlet SUKEM Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) yang telah memerah keringat dan berjuang sehingga akhir garisan.
Terima kasih juga diucapkan kepada warga Pendeta yang menyokong para atlet kita sepanjang kejohanan SUKEM ini berlangsung bermula dari Fasa 1 dan Fasa 2. Untuk edisi SUKEM kali ini, kontijen KPZ berjaya merangkul secara keseluruhan 17 EMAS, 10 PERAK dan 22 GANGSA.
Seluruh warga Kolej Pendeta Za’ba akan sentiasa mendoakan para atlet Kolej Pendeta Za’ba.
Biro Sukan dan Kepimpinan,
Kolej Pendeta Za’ba,
Sesi 2024/2025,
Universiti Kebangsaan Malaysia.