MAKLUMAN : Tarikh Akhir Pengosongan Bilik sesi 2014/2015
Minta Perhatian kepada seluruh Warga Kolej Rahim Kajai,
Tarikh akhir pengosongan bilik bagi sem 2 sesi 2014/2015 ialah pada 26/6/2015 ( Jumaat ).
* Pelajar yang mendaftar keluar ( check-out ) dikehendaki :
> memulangkan kunci
> memulangkan langsir
> memulangkan kad kolej
> menandatangani buku rekod bilik
PERINGATAN : kegagalan untuk memulangkan semua peralatan diatas dan tidak menandatangani buku akan dikenakan denda..
* Penginapan luar semester ( sem 6 ) akan bermula pada 27/6/2015
* Stor bagi penyimpanan barang di blok-blok penginapan akan dibuka mulai 22/6/2015.
* Stor tidak akan dibuka sepanjang cuti semester dan hanya akan dibuka pada awal semester 1 sesi 2015/2016.
* Mohon agar barang-barang yang berharga & penting seperti dokumen & laptop tidak disimpan didalam stor. Keselamatan barang yang disimpan didalam stor adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
* Barang yang disimpan didalam stor mestilah disimpan didalam kotak & disusun dengan teratur
* Pelajar dilarang sama sekali menyimpan/meninggalkan barang didalam bilik sepanjang tempoh cuti semester.
PERINGATAN :
Pelajar yang meninggalkan barang didalam bilik sepanjang tempoh cuti semester akan dikenakan denda.