PROGRAM INTERVENSI BERSEPADU VIRUS ZIKA & DENGGI

KOLEJ RAHIM KAJAI, 9 NOVEMBER: Pada 5 November yang lalu, KRK Aedes Buster Team yang terdiri daripada ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Detachment 88F dengan kerjasama wakil dari setiap blok dan flatlet KRK telah menjalankan Program Intervensi Bersepadu Virus Zika & Denggi. Intervensi bersepadu ini merupakan rentetan daripada aktiviti Gotong-royong Perdana yang pernah diadakan serentak di semua Kolej Kediaman UKM, Kampus Bangi pada 8 Oktober 2016 yang lalu.

Program ini melibatkan aktiviti pemantauan berkala yang dijalankan di seluruh kawasan Kolej Rahim Kajai pada setiap hari Sabtu bermula pada 9.00 pagi hingga 9.30 pagi bermula pada 6 November sehingga penghujung semester ini. Antara kawasan yang terlibat adalah di sekitar Pusat Pentadbiran KRK, blok-blok dan flatlet-flatlet. Selain itu, elemen pendidikan masyarakat melalui poster, video langkah-langkah pencegahan, pesanan ringkas berbaur ingatan dan informasi virus zika dan denggi telah mula dihebahkan sebelum bermulanya cuti pertengahan semester dan akan dilaksanakan secara berterusan pada setiap minggu. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengesan dan memusnahkan kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes.

23